Thursday, December 23, 2010

hidup ini perjalanan, akhirat adalah destinasi

Bismillahhirahmannirahim....

perjalanan hidup ini, begitu singkat...live is short,..tapi sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari daripada perkara-perkara yang menyakitkan hati...maka saya sedayauapaya untuk berusaha meningkatkan mutu gaya dan keunggulan hidup saya sendiri... yang banyak membuang masa, banyak melakukan maksiat...tidak kira apa jenis jua maksiat yang dilakukan....Ya-Allah ...terasa diri ini...tidak suci lagi.dan malu untuk menghadap diriMU...berbekalkan kebaikan apa yang aku lakukan...

maka, masa untuk muhasabahkan diri ini....dengan membaca  artikel2 yang dapat menyembuhkan jiwa, daripada hasad dengki yang bernama manusia....

saya ingin sekali memulakan hari saya dengan solat tahajud...dimana solat ini, menuntut kesabaran yang banyak dalam melakukannya...

orang kata, solat tahajud dapat  menjaga kesihatan kite dengan lebih baik dan menjadikan diri kite manusia yang sempurna, pada keesokkan harinya,...juga rupa-rupanya pakar 2perubatan berpendapat bahawa bangun di awal pagi , kita akan dapat menyedur oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. oksigen itu akan hilang dari atmosfera bumi selepas matahari dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. hanya manusia yangbangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen itu. mereka yang bangun lewat tidak dapat merasai nikmat oksigen segar ini.

oh...begitu indah sekali, lagi indah jika aku sendiri dapat melakukan....dengan penuh aman..nyaman dan tawaduk kepada Tuhan aku sembah...tapi, bilakah??? insaya-allah...bukakanlah hati ku ini.....dan berikan aku kekuatan dalam melaksanakan suruhanmu....

bercerita pasal tidak percaya...banyak kategorinya, antaranya adalah..tidak percaya pada bos, org bawah sendiri, pada suami, pada keluarga, kawan-kawan...dan banyak lagi....bagaimana hendak dilakukan, jika perkara ini semua terjadi kepada diri kite sendiri??? aku cuba merumuskan dan memformulakan sendiri untuk memujuk hati aku  ketika sedang lara....dengan mengatakan..aku bukanlah..seorang manusia yang sempurna..maka, mungkin ini adalah kifarah kepada diri aku sendiri bagi memperingati..segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan secara langsung atau tidak langsung....

khusus manusia mengetahui tentang kesalahnanya, setelah apa yang telah berlaku kepada dirinya sendiri...jika tak berlaku atau terkena..xderlaa rasa kan...itu laa yang terjadi pada diri aku sendiri.tapi, takperlaa.aku terima dengan penuh redha...HIDUP INI PERJALANAN...AKHIRAT ADALAH DESTINASI.

2 comments:

  1. Sis,

    Bagus! Niat dah ada. Tinggal laksanakan ajer..:) Chayyok! Chayyok!

    Nak senang bangun, buat adab tidur yang Nabi Muhammad ajar. Baca 4 qul (qul ya, an-nas, al-falaq dan qulhu) then tiup pada tapak tangan, then sapukan ke seluruh anggota badan. Hikmatnya, tidur lebih lena, (tak caya tanya Nora bila kak Hani tidur, hehehe..) time bangun rasa cergas, tak malas nak bangun malam/ solat subuh. Niatkan nak bangun malam. Jangan lupa Kunci jam. Cuba la ek?

    ReplyDelete